Apakah Tema Hari Guru 2014 dan Maksudnya

Tema Hari Guru untuk Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Ia merupakan Sambutan Hari Guru Kali ke 43.

Difinisi dan Huraian Tema Hari Guru 2014.png

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI #

GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan
pendidikan negara.
PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Sila ke Huraian Tema Hari Guru 2014 untuk maklumat tambahan dan update logo

 
4
Kudos
 
4
Kudos

Now read this

Shopaholic satu Tragedi

Shopaholic Penyakit Psikologi Bermula dengan hobi dan akhirnya menjadi ketagihan membeli-belah yang melampau. Melakukan sesuatu secara keterlaluan dan tidak mengikut norma kehidupan biasa. Hidup merupakan gabungan Tragedi dan Komedi.... Continue →